top of page

Sekilas Pandang Mengenai UMCCed

UMCCed merupakan singkatan bagi Universiti Malaya Centre for Continuing Education atau juga dikenali sebagai Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya. UMCCed telah memulakan operasi peringkat awalnya pada 1 April 1998 di sebuah pejabat Bangunan Bakti Siswa. Bangunan yang memberi seribu satu kenangan ini menjadi saksi tercetusnya pelaksanaan visi dan misi UMCCed di mana pada permulaannya hanya menempatkan kurang daripada 10 orang staf yang diketuai oleh Prof. Dr. Leonard Yong sebagai Pengarah. Kini, pusat pentadbiran dan pusat pembelajaran telah berubah dari Bangunan Bakti Siswa ke Wisma R&D serta mempunyai kekuatan tenaga kerja melebihi seratus orang dan kini dinaungi oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail. Tahun 2023, menjadi titik tolak bukti kecemerlangan UMCCed sebagai Pusat Tanggungjawab (PTj) Akademik yang menjadi saluran alternatif kepada pembelajaran di Universiti Malaya (UM).


Pengarah UMCCed 1998-2022:

  1. Profesor Dr. Leonard Yong (1998-2001)

  2. Dr. Khathijah Abdul Hamid, Pemangku Pengarah (2002)

  3. Dr. Jamaluddin Mohd Yunos (2002-2007)

  4. Prof. Madya Dr. Abdul Latif Salleh (2007-2008)

  5. Prof. Dr. Bernardine Renaldo Wong (2009-2011)

  6. Abu Bakar Hussin, Pemangku Pengarah

  7. Dr. Kuppusamy Singaravelloo, Pemangku Pengarah

  8. Prof. Dato’ Dr. Mansor Md Isa (2008-2009, 2014-2019)

  9. Prof. Madya Dr. Amirrudin Kamsin, Pemangku Pengarah

  10. Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail (2022-Kini)


Bangunan Bakti Siswa



Wisma R&D, UM


UMCCed merupakan Pusat Tanggungjawab (PTj) Akademik di bawah UM yang berautonomi sendiri dan dibenarkan mengurus aspek kewangan, pentadbiran dan sumber manusia secara bersendiri. Para pelajar yang mengikuti program di bawah UMCCed akan dianugerahkan dengan sijil keluaran Universiti Malaya yang telah diakreditasi oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dan diktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pengiktirafan UMCCed sebagai PTj Akademik UM ini telah dianugerahkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 4 Ogos 2011 berikutan kejayaannya sebagai sebuah pusat pendidikan berterusan yang mapan dan unggul.


VISI & MISI

Visi: Mencapai aspirasi UM sebagai university global dengan menerajui pendidikan sepanjang hayat yang berorientasikan penerapan teknologi termaju, dinamik dan berinovatif sejajar dengan revolusi terkini yang memberi impak tanpa sempadan.

Misi: Membangun modal insan yang berkualiti dan dinamik menerusi program pendidikan berkualiti tinggi, fleksibel dan mudah diakses yang berteraskan teknologi digitalisasi terkini.


“PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT”

Selari dengan konsep “Pendidikan Sepanjang Hayat” (PSH) yang dipelopori oleh Prof. Dr. Leonard Yong, UMCCed terus giat menawarkan program-program tanpa mengira had umur di mana orang awam seawal 15 tahun dan ke atas boleh menjadi sebahagian daripada keluarga UMCCed. Diploma Eksekutif merupakan salah satu program pendidikan yang mendapat sambutan hangat pada setiap ambilan program. Program ini diterima baik oleh golongan bekerja untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sekaligus membuka peluang yang baik dalam peningkatan dan kemajuan kerjaya. Berikut merupakan program-program yang ditawarkan di UMCCed:

  1. Diploma Eksekutif

  2. Diploma

  3. Sarjana Muda melalui Saluran Terbuka Universiti Malaya & Pengajian Jarak Jauh

  4. Pengajian Islam

  5. Sijil Profesional & Kursus Jangka Pendek

  6. Kursus Kemahiran & Bahasa

  7. Kursus Bufet



Aiqal Lian Irfan bin Shahrulniza, Graduan Diploma Sepenuh Masa UM di bawah seliaan UMCCED


Berminat dengan program UMCCed? Layari https://umcced.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

138 views0 comments

Bình luận


bottom of page