top of page

[Lifelong Learning] ASPEK PEMBUDAYAAN ILMU DALAM MASYARAKAT

Amalan membaca bukanlah cara untuk membudayakan ilmu, ini kerana ia dianggap aspek penting dalam memahami kehidupan. Sebaliknya, konteks pembudayaan ilmu merangkumi aspek berfikir, merenung, berakhlak mulia, berani berkata benar dan menolak ingkar ilmu. Bahkan, mendalami dan mempelajari sesuatu ilmu juga terletak dalam kerangka pembudayaan bagi meningkatkan pengetahuan dan mendidik seseorang.


Jika mahu mencapai budaya ilmu sebenar dan membina masyarakat berilmu bagi membentuk negara serta peradaban yang baik, kita perlu merenung kembali kerangka falsafah yang mendorong kepada budaya membaca, iaitu kenapa kita perlu membaca?


Menurut Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud, budaya ilmu lebih luas daripada pembacaan, yang merangkumi perbincangan dan pendengaran. Ini kerana, membaca adalah sebahagian sifat dan kecenderungan diri untuk mengenal serta mengetahui sesuatu. Sifat rohani dalam diri yang mendorong perasaan ingin tahu dan mengenali realiti serta kewujudan yang hakiki, sama ada bersifat spiritual, metafizik, sosial, politikal mahupun ekonomi.


Metafora aspek pembudayaan ilmu ditafsirkan sebagai kesanggupan dalam mencari kecukupan mendalami sesuatu ilmu dengan saksama seiring perkembangan semasa. Sekadar membaca sahaja tidak dianggap membudayakan ilmu tanpa tindakan atau dizahirkan dalam kehidupan.  


Jelas di sini, ilmu bukan sekadar dilihat dan dilafazkan dengan kata-kata semata, sebaliknya, dirungkai melalui perbuatan. Sebagai contoh, ilmu yang diperoleh ketika belajar tidak semuanya akan digunapakai dalam kehidupan, namun, masih ada yang dapat diambil untuk diterapkan dalam realiti sebenar. 


Hakikatnya, pembelajaran, pembacaan, penelitian dan pengadaptasian perlu diseragamkan bagi membudayakan ilmu. Jika sudah mempunyai pendidikan, tidak salah untuk terus menimba ilmu, kerana terus-menerus mencari ilmu akan membuatkan seseorang itu dipandang tinggi dalam masyarakat.


FAKTOR USIA BUKAN HALANGAN

Disebabkan itu, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya memainkan peranannya sebagai sebuah institusi latihan pembelajaran berterusan bagi membudayakan ilmu dalam kehidupan. Setiap yang direncanakan menerusi program-program ditawarkan memberi peluang kepada masyarakat untuk mempertajamkan minda dan meningkatkan ilmu pengetahuan untuk kehidupan. 


Meskipun sudah berusia emas, peluang dalam menuntut ilmu tidak terbatas kepada had umur, malah, di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya ada menawarkan program khusus kepada pencari ilmu seperti kursus Pengajian Islam. 


Jangan skeptikal mengenai peluang untuk melanjutkan pelajaran disebabkan oleh usia, sebaliknya, jadikan kudrat dan semangat yang dimiliki untuk terus mempertingkatkan ilmu pengetahuan, agar menjadi pembakar semangat kepada generasi muda untuk terus membudayakan ilmu.  


33 views0 comments

Comments


bottom of page