top of page

[#HelloFreshies] Patut Tak Ibu Bapa Tentukan Pemilihan Jurusan Anak-anak?

Updated: Nov 9, 2022



Hello Freshies! Hari ini, kami akan membawakan satu lagi topik yang menjadi bahan perbincangan wajib dalam setiap keluarga. Hala tuju calon mahasiswa yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi selalunya akan melibatkan campur tangan daripada adik-beradik yang sudah dewasa dan juga ibu bapa. Sebagai remaja yang masih berada di bawah tanggungan ibu bapa pastinya mereka tidak dapat memberikan bantahan, takut nanti 'dicop' sebagai anak derhaka. Kesudahannya, anak-anak ini akan menurut tanpa bantahan, cuba untuk menyelesaikan pengajian dan akhirnya mengalami tekanan perasaan.



Tidak dapat dinafikan keinginan ibu bapa untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Tetapi harus diingatkan bahawa keinginan dan kemampuan setiap anak berlainan dan tidak dapat dipukul rata. Benar, pemilihan kursus yang diambil untuk pengajian tinggi adakalanya mempunyai nilai tersendiri buat ibu bapa. Namun harus diingatkan juga ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Adakah kelayakan akademik anak-anak cukup untuk menguasai jurusan yang diinginkan oleh ibu bapa? Adakah jurusan pilihan ibu bapa mempunyai kadar kebolehpasaran yang meyakinkan? Perlu diingatkan bahawa anak-anak yang akan menghadapi proses pembelajaran, bukannya ibu bapa.


"Mak nak awak jadi doktor, macam anak kawan mak tu"


Jadi, saranan kami ialah ibu bapa perlu membantu anak-anak dalam mengenal pasti kebolehan atau kemampuan. Kemudian berilah bimbingan kepada mereka. Jika ibu bapa kurang arif mengenai jurusan atau tuntutan pasaran semasa, bolehlah merujuk kepada guru kaunseling di sekolah yang akan selalu menerima kunjungan atau pendedahan daripada institusi tempatan. Dapatkan sebanyak mungkin nasihat dan pandangan dari pihak yang bertauliah sebelum membuat perbincangan bersama anak-anak.


Dari pihak anak pula, sebaiknya kenal pasti kemampuan diri dan buat perbincangan bersama guru-guru untuk membantu dalam perkara ini. Kembudian ajaklah ibu bapa untuk berbincang secara baik, elakkan untuk meninggikan ton suara. Terangkan minat dan peluang kerjaya kepada ibu bapa. Perlu diingatkan, pemilihan kursus atau jurusan perlulah diselaraskan dengan kemampuan diri anda dan bukannya kerana mengikut minat rakan-rakan lain.


Buat anda yang sudah berjaya melangkah ke alam pengajian tinggi, adakah anda juga menghadapi situasi yang sama? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.


Selamat maju jaya!

14 views0 comments

Comentários


bottom of page