top of page

[Jom Fit] OVERTHINKING MENGGANGGU KUALITI HIDUP?


Sedar atau tidak, ada ketikanya kita suka mengelamun atau temenung dek kerana memikirkan perkara-perkara yang belum terjadi, menyebabkan sesetengah hal itu membuatkan kita menjadi serabut, kusut dan boleh menjurus kepada keadaan sukar untuk tidur. Lumrah sifat manusia suka berimaginasi dengan sesuatu perkara yang belum tentu terjadi atau mungkin tidak pernah berlaku. 


Paling banyak terjadi dan sering diperkatakan adalah mengenai overthinking dalam perhubungan. Bahkan, banyak kes perpisahan sama ada rumah tangga, percintaan mahupun persahabatan dan pertelingkahan persaudaraan disebabkan oleh masalah overthinking. 


Menurut pakar psikologi, Natacha Duke, overthinking boleh menjadi gejala kemurungan atau anxiety, dan umumnya dikaitkan dengan adanya keadaan dipanggil generalized anxiety disorder (GAD). 


Ini kerana, seseorang yang mengalami GAD kerana genetik atau faktor peribadi seperti ketidakmampuan bertoleransi tentang kepastian dalam hidup, akan mengalami  gejala seperti bimbang berlebihan terhadap sesuatu perkara serta kesukaran mengendalikan rasa cemas yang boleh mengganggu kemampuan untuk berfungsi.


Jelasnya, gejala fizikal GAD merangkumi keresahan, kesukaran memberi tumpuan dan mengalami masalah tidur yang boleh mempengaruhi kesihatan tubuh termasuk fungsi pada otak, masalah penghadaman dan masalah jantung serta kulit. 


Namun, apa yang menyebabkan kita sering overthinking? Menurut Dr Muhammad Faiz Ramli, pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Management and Science University, situasi itu terjadi apabila kita berada dalam keadaan risau, gelisah dan mudah merasa cemas mengenai hal-hal buruk yang dibayangkan akan berlaku.


STRES BOLEH MEMATIKAN SEL OTAK 


Katanya, situasi akan menjadi lebih teruk ketika mahu tidur, fikiran akan merasa tidak tenang dan akhirnya susah memejamkan mata. Mereka yang mempunyai masalah ini sukar membuat sesuatu keputusan segera atau jangka masa panjang serta sukar untuk menganalisis masalah yang dihadapi. Akibatnya, proses membuat keputusan akan semakin rumit dan membuang banyak masa.


Umum mengetahui, bagi individu yang ada sejarah penyakit mental, lebih mudah berfikir secara berlebihan mengenai perkara remeh sehingga mempengaruhi simptom negatif kepada kesihatan diri. Ini akan menyukarkan lagi proses perubatan dan mampu menurunkan tahap serta kualiti hidup mereka. 


Jelas Dr Muhammad Faiz, fikir berlebihan menyebabkan risiko penyakit berkaitan jantung dan boleh meningkat secara signifikan serta berpanjangan, malah boleh mencetuskan stres yang mengakibatkan tingkah laku kompulsif (kecelaruan) untuk melegakan tekanan.


Mengenai kesan berfikir secara berlebihan, katanya, hormon kortisol boleh rosak dan membunuh sel-sel otak dalam hippocampus, iaitu komponen utama otak manusia. Kajian dari Universiti Sains dan Perubatan Rosalind Franklin, Amerika Syarikat, menyatakan stres mampu mematikan sel yang baru terbentuk dalam hippocampus, di bahagian otak yang sangat berkait rapat dengan memori, emosi dan pembelajaran. 


Malah, boleh menyebabkan paras kortisol (hormon stres) dalam badan kekal tinggi, mengurangkan isipadu otak, mengecutkan saiz dan sesetengah kes yang teruk boleh menyebabkan sel otak mati secara perlahan-lahan mengikut time frame dilalui oleh individu tersebut. 


 



Recent Posts

See All

Commenti


bottom of page