Pendidikan bukan sahaja mampu membawa perubahan dalam kehidupan individu bahkan juga terbukti membawa perubahan dalam tamadun peradaban dunia. Hari ini, perbezaan dapat dilihat dengan ketara dalam pasaran kerjaya lebih-lebih lagi apabila menyentuh soal tangga gaji. Maka dengan itu, beberapa institusi pengajian menyediakan peluang khas kepada golongan pekerja untuk menambah tahap kelayakan akademik. Berikut antara beberapa sebab mengapa ramai golongan dewasa yang sudah bekerja mengambil keputusan untuk belajar sambil bekerja.
1. Kemajuan kerjaya
Ramai individu yang bekerja memberitahu salah satu sebab mereka memilih untuk sambung belajar sambil kerja ialah untuk kemajuan kerjaya atau dalam kata lainnya naik pangkat sekali gus meningkatkan tangga gaji. Ramai dalam kalangan mereka yang sudah bekerja bertahun-tahun dalam jawatan yang sama tanpa peningkatan. Oleh itu, peningkatan tahap pendidikan mampu membantu mereka dalam menjamin kemajuan kerjaya.
2. Meningkatkan keyakinan diri
Apabila seseorang individu berjaya mencapai kemajuan dalam apa-apa bidang yang diceburi, pastinya keyakinan diri mereka meningkat. Bukan sahaja membuktikan kebolehan diri sendiri bahkan juga sebagai suri teladan kepada orang disekeliling dengan memberikan justifikasi yang jelas bahawa menuntut ilmu itu tidak hanya terhad kepada golongan muda.
3. Menambah rangkaian kenalan
Belajar sambil bekerja juga dapat memberikan manfaat yang besar dalam menambah rangkaian kenalan yang mungkin boleh membantu dalam jalinan kerjasama korporat pada masa akan datang. Melalui kuliah atau kumpulan belajar yang berlainan juga, para pelajar boleh bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan mengenai pekerjaan masing-masing. Menurut perkongsian alumni UMCCed sendiri, ramai dalam kalangan mereka yang masih berhubung sehingga kini. Apa kata tonton perkongsian daripada alumni ini mengenai pengalaman sepanjang bergelar pelajar di bawah program Diploma Eksekutif.
4. Disiplin
Umum mengetahui keputusan sambung belajar sambil bekerja tetap bukanlah perkara yang mudah lebih-lebih lagi dalam kalangan individu yang sudah bekeluarga. Golongan yang mengambil keputusan ini boleh dikatakan sebagai individu bijak dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Mereka perlu bijak mengimbangi masa untuk bekerja, keluarga dan belajar. Selain itu, menurut perkongsian Puan Normah Othman, beliau menggunakan setiap kelapangan masa yang ada untuk merujuk bahan bacaan sehinggakan menjadi teladan anaknya.
Tidak dinafikan bahawa banyak rintangan dalam mencapai kejayaan dalam pendidikan sambil bekerja. Namun, rintangan ini boleh diatasi dengan perancangan dan tekad yang kuat. Jika anda masih tercari-cari institusi pendidikan terbaik untuk meningkatkan taraf pendidikan sambil bekerja, UMCCed kan ada. Apa tunggu lagi, jom ajak kawan-kawan anda untuk turut serta bergelar alumni UM.
Selamat maju jaya!
Commentaires