top of page

'MASTER CLASS: EVOLUTION EXPERT’ - DATO’ SRI SITI NURHALIZA DEDAH KISAH 28 TAHUN SEBAGAI ANAK SENI

Updated: Dec 22, 2023

CYBERJAYA, 20 Disember 2023 – Bergelar penyanyi tersohor negara dan terus mendominasi carta artis paling laris dengan anugerah terbanyak yang pernah dimenangi, meletakan nama Siti Nurhaliza Tarudin terpahat dalam lipatan sejarah industri seni tempatan dan nusantara.


Berbekalkan pengalaman selama 28 tahun menyinar sebagai penyanyi nombor satu Malaysia, pelantun lagu Cindai dan Nirmala ini sudah menghasilkan lebih 20 album dan hampir 100 buah single sejak bergelar anak seni.


Pahit manis dan perit jerih bergelumang dalam industri seni suara tanah air mematangkan penyanyi berusia 44 tahun ini sehingga mampu membina empayar perniagaan sendiri yang semakin berkembang dan diterima ramai. Usahanya membangunakan jenama sendiri untuk terus kekal relevan serta utuh di persada seni hiburan, bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng.


Semangat dan kekuatan yang ditunjukkan anak jati Kuala Lipis, Pahang ini untuk membangunkan karier seninya sehingga ke tahap membanggakan, bukan sahaja peribadi, tetapi negara, menjadi ikutan dan contoh kepada generasi yang melihat jatuh bangunnya bintang ternama ini.


Namun, tersimpan memori suka duka dalam menempa nama di persada seni sehingga ke tahap sekarang yang tersemat dalam sanubarinya. Kisah perjalanan sebagai anak seni dan kepayahan untuk bergelar usahawan, dikongsikan Siti Nurhaliza dalam program Master Class: Evolution Expert anjuran Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya di sini.


Kisah pencapaian dan kegagalan sepanjang berkecimpung dalam industri seni, dikongsikan Siti Nurhaliza bersama peserta selama hampir empat jam program berlangsung yang merangkumi lima modul, bermula daripada kisah perjalanan karier seninya sehinggalah cabaran bergelar seorang seniman.


Program yang julung kali dianjurkan Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya ini mencungkil kisah pencapaian dan kejayaan selebriti, pengacara televisyen dan pengamal media untuk dikongsikan dengan peserta program sebagai panduan serta pemahaman.


Program yang berlangsung sejak 2 Disember lalu itu turut menampilkan Pengacara Televisyen, Amin Idris dan Farrah Deeba serta pelakon Esma Daniel dan Mubarak Majid, selain wartawan Elly Van Dalen menerusi empat sesi Master Class dengan banyaran RM150 untuk keseluruhan program.


Sumber berita berkaitan:


40 views0 comments

Comments


bottom of page