top of page

[Warta Terkini UM] 32 PELAJAR CHINA SERTAI PROGRAM EDUTOURISM ANJURAN PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UM


KUALA LUMPUR, 29 Januari 2024 – Pemerkasaan penguasaan bahasa asing menjadi agenda Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya dalam melahirkan pelajar yang dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Sehubungan itu, seramai 32 pelajar sekolah menengah dari China dipilih menyertai program Edutourism yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 Januari lalu. 


Program English Language Education Tourism @ Universiti Malaya dengan usahasama Institute of Educational Technology for Career Development China (IETCD) itu di rangka bagi meningkatkan keyakinan dan penguasaan dalam Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah. 



Mengenengahkan topik English Language Communication oleh Madam Kathreine a/p Deva Babu, pensyarah Fakulti Bahasa dan Linguistik UM turut membabitkan aktiviti di sekitar bandar raya Kuala Lumpur sebagai pendedahan kepada pelajar untuk berkomunikasi. 


Program cetusan Kluster Program Profesional dan Pembangunan Perniagaan, Pusat Pendidikan Berterusan UM itu menjadi pemangkin kepada perkembangan program kendalian Pusat Pendidikan Berterusan UM mengenai keperluan setiap program yang dirangka mengikut keperluan peserta atau pelajar. 



Bukan sekadar Bahasa Inggeris, Pusat Pendidikan Berterusan UM turut menyediakan program Bahasa Mandarin dan Arab kepada masyarakat yang ingin mendalami dan menguasai lebih daripada satu bahasa. 


Setiap peserta yang mengikuti program tersebut akan dianugerahkan sijil oleh Pusat Pendidikan Berterusan UM sebagai tanda penglibatan dalam program yang dijalankan kira-kira dua minggu mengikut jam kursus.   


51 views0 comments

Comentarios


bottom of page