top of page

[Story Time] JENAMA UM DIYAKINI LAHIR GRADUAN BERKALIBER


Memilih bidang pengajian yang bersesuaian adalah perkara asas yang menjadi perhatian, namun, tidak semua institusi pengajian tinggi mempunyai pengkhususan dalam jurusan yang dicari. Apatah lagi, faktor keupayaan dan kredibiliti sesebuah pusat pengajian itu dititikberatkan bagi menjamin hala tuju selepas tamat pengajian kelak. 


Universiti Malaya (UM) bukan nama asing dalam bidang pengajian tinggi dan dikenali seantero dunia sehingga meletakkan jenama UM kekal dalam Top 20  Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia bagi edisi tahun 2024.



Pencapaian itu membuktikan keupayaan UM melahirkan graduan berkualiti dan berimpak dalam pasaran dengan kedudukan 10 reputasi majikan di Asia menerusi penyelidikan yang paling berkesan di Malaysia dan menjadi institusi penyelidikan ketiga paling antarabangsa di Asia.


Tempias pencapaian itu turut dirasai Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya dalam menggembeling tenaga bagi melahirkan graduan yang berkualiti untuk pasaran. Meskipun bidang pengajian yang ditawarkan di peringkat diploma, diploma eksekutif dan sijil profesional, tetapi, teknik pengajaran dan pembelajaran serta silibus yang diketengahkan menepati piawaian MQA. 


Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan individu bekerjaya yang menyimpan hasrat untuk meningkatkan tahap pendidikan, namun, tidak mempunyai peluang disebabkan oleh kekangan dan kredit kelulusan yang tidak memuaskan, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya menjadi jambatan untuk merealisasikan hasrat bergelar graduan. 


Merangkumi empat program di peringkat diploma sepenuh masa, manakala tiga bidang diploma eksekutif separuh masa serta lima bidang sijil profesional, meletakkan penuntut sebagai jenama graduan Universiti Malaya.   


Rungsing dengan pencapaian akademik tidak memberangsangkan, APEL memainkan peranan dalam melayakkan seseorang menjadi pelajar di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya melalui pengalaman kerja disamping kelulusan tiga kredit di peringkat SPM. 


APEL atau Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu memberi penganugerahan kredit berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan pindah kredit bagi kursus dalam program yang akan diikuti. 



Pemudah cara bagi melayakkan seseorang untuk terus menyambung pengajian, bukan sekadar akan melahirkan modal insan berpengetahun serta berkelulusan tinggi, sebaliknya, akan membentuk masyarakat berpendidikan dan berkeupayaan bersaing di peringkat global. 


54 views0 comments

댓글


bottom of page