top of page

[Story Time] JUBAH GRADUASI: IMPIAN SETIAP PELAJAR BERGELAR GRADUAN

Perit jerih menempuh masa yang panjang demi menamatkan pengajian terbalas, tatkala jubah yang menjadi impian setiap pelajar disarung ke badan. Detik manis meninggalkan memori yang akan terpahat di hati pastinya menerbitkan rasa sebak yang menyelubungi diri. 


Penantian untuk dirai di majlis graduasi ibarat sebuah pesta dengan kehadiran insan penyeri, mengukir senyuman bakal graduan. Suka duka yang ternukil di diari, menjadi penamat kisah kehidupan mahasiswa yang tidak mungkin terulang.  


Begitulah ranjau kehidupan seorang graduan yang akan melangkah dewasa ke alam pekerjaan. Coretan demi coretan yang di abadikan dalam sejarah peribadi, akan tinggal menjadi penceritaan hasil garapan sendiri mengikut acuan yang diinginkan. 


Sedalam mana plot penceritaan yang cuba digali, begitulah kesungguhan hasil titik peluh bertahun lamanya demi mendapatkan segulung pengiktirafan. Bagi yang terdampar sepi akibat terkandas di pertengahan jalan disebabkan CGPA kurang membanggakan, masih ada harapan untuk ke depan kerana kehidupan sebenar baru sahaja bermula. 


Tidak mustahil ramai yang berbangga menyarung jubah bergelar graduan, namun nasib yang akan menentukan cerahnya masa depan. Mungkin ada yang sudah berpuas hati dengan pencapaian, tidak kurang juga yang masih mengharapkan peningkatan tahap pendidikan. Namun, sejauh mana pun keinginan, jangan pernah putus harapan untuk memperbaiki kekurangan. 


Oleh yang demikian, tekadkan azam untuk sentiasa ke depan membentuk identiti diri yang bukan sahaja berguna buat diri sendiri, sebaliknya, turut terpalit kepada orang sekeliling. Jadilah seperti sepohon pisang yang berguna dari daun hingga ke batang. Janganlah terlalu leka terbuai dengan hamparan dunia, takut kelak hanyut di badai kekesalan.  


Andai masih rindukan gelak tawa, senyum girang dan susah payah bersama rakan seperjuangan bergelar pelajar, masih ada tempat untuk kembali ke landasan perjuangan. Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya menjadi lokasi untuk berkumpul kembali, bagi menambah koleksi pencapaian sebelum ini untuk dijadikan bekalan di alam pekerjaan. 


Tetapi, bagi yang tidak pernah merasai perasaan memakai jubah graduasi, namun, menyimpan impian untuk memakainya suatu hari nanti, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya membuka ruang untuk merealisasikan impian.  


Pelbagai program dirangka mengikut kesesuaian dan keperluan diri yang bersesuaian dengan permintaan pasaran masa kini, cuma, pilihlah mengikut kehendak dan keupayaan diri agar kelak mampu menyarung jubah graduasi. 


Bagi yang pernah menempa nama sebagai graduan dan inginkan pembaharuan dalam kelayakan, program Diploma Eksekutif dan Sijil Profesional dari Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, menjadi pemangkin kepada keinginan yang dicari. 


Cukup sekadar mempunyai pengalaman dalam lapangan kerjaya yang sudah dimiliki, dengan kelayakan SPM yang mencukupi, memadai untuk menempatkan diri sebagai pelajar Universiti Malaya. Pilihan di tangan untuk menentukan pengkhususan yang diinginkan, cuma, pengorbanan yang perlu dilakukan, menggadaikan sedikit masa demi melangkah setapak lagi ke hadapan. 


43 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page