top of page

[Story Time] KENALI PERSONALITI DIRI MELALUI TULISAN TANGAN


Pernahkah kita mengambil tahu mengenai emosi dan sikap seseorang? Ini kerana ramai yang sukar untuk memahami apa yang dilalui oleh seseorang walaupun dia kelihatan gembira. Namun, melalui tulisan tangan dapat memberi gambaran mengenai karakter, emosi dan keperibadian seseorang tanpa perlu berbicara. 


Ilmu menganalisis tulisan tangan yang dikenali sebagai grafologi ini dapat membuat penilaian kelemahan dan kelebihan seseorang yang tidak pernah dikenali sebelum ini melalui margin, garis asas, arah huruf, jarak, saiz, tekanan, ketersambungan, zon dan kelajuan tulisan yang dihasilkan dapat membantu membongkar personaliti seseorang. 


Pakar analisis tulisan tangan, Dr Azura Hashim berkata, tulisan tangan lahir daripada minda separa sedar penulis dengan menggerakkan tangan untuk menulis, di mana ia menghantar mesej dan info daripada otak melalui gerakan tangan. Malah, apa yang tercoret di atas kertas itu adalah gambaran sebenar mengenai diri kita. 



Namun kini, tulisan tangan ibarat sudah ketinggalan zaman kerana di era teknologi terkini membuatkan ramai memilih menggunakan tablet atau peranti untuk menaip yang lebih mudah dan mempunyai pilihan corak abjad yang pelbagai serta menarik. Apatah lagi, menaip membuatkan mesej yang disampaikan lebih mudah difahami. 


Hakikatnya, arus perubahan dengan perkembangan teknologi membuatkan tulisan tangan semakin dipinggirkan. Meskipun tulisan tangan masih menjadi elemen penting  dalam sistem pendidikan, namun sejauh mana pelajar dapat memanfaatkan tulisan tangan yang semakin diambil alih oleh kemajuan teknologi?


BINA HUBUNGAN BAIK



Jelas Dr Azura, tulisan tangan dapat membina hubungan lebih baik apabila kita mudah memahami orang lain dengan lebih cepat, serta dapat membantu mengenali kelebihan dan kekurangan sendiri. Walaupun tulisan tangan mempunyai nilai sentimental, tetapi, penggunaannya kini dianggap tidak lagi menjadi satu keperluan, apatah lagi dengan adanya teknologi pengesan suara, setiap butir kata mampu ditaip oleh mesin tanpa perlu menggerakkan jari jemari. 


Mengambil kira keperluan penulisan dalam kehidupan, setiap urusan formal atau tidak formal kini lebih menggunakan teknologi menyebabkan tulisan tangan dilihat tidak lagi relevan masa kini. Tidak mustahil di masa akan datang, umat manusia akan lebih bergantung kepada teknologi berbanding anugerah deria dan anggota tubuh yang dimiliki. 

Hakikatnya, tulisan tangan bukan sekadar tulisan untuk menghantar mesej atau berurusan, sebaliknya membantu menguatkan minda dan jari jemari ketika menulis setiap butiran ayat. Ini kerana, setiap anggota tubuh saling berhubung kait dan memerlukan antara satu sama lain bagi menggerakkan sistem diri. 


Dr Azura turut memperincikan kelebihan menganalisis tulisan tangan antaranya; 

  1. Kajian analisis tulisan tangan meletakkan anda berhubung dengan dunia baru dan menarik perkara yang berkaitan dengan potensi yang luar biasa. 

  2. Tulisan tangan anda memegang bukti kekuatan diri anda yang akan membantu anda untuk percaya pada diri sendiri. 

  3. Keupayaan untuk menganalisis tulisan tangan boleh memberi anda pemahaman yang baru mengenai diri sendiri atau orang lain yang anda sayangi. 

  4. Mengetahui kekuatan sebenar anda akan meletakkan pusat kawalan di tangan anda sendiri. 

  5. Anda akan menemui mengapa anda tidak mempunyai rakan atau rakan kongsi atau seseorang yang anda suka atau disukai. 

  6. Anda akan memahami kaedah yang anda gunakan untuk menangani masalah anda. 

  7. Anda akan mengetahui bagaimana hubungan anda dengan orang lain - jika anda terlalu malu atau terlalu mendominasi; jika anda seorang pendiam atau peramah.

364 views0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


bottom of page