top of page

[#StoryTime] Semak Tips Untuk Mengatasi Isu Ahli Kumpulan 'Ghost Rider'

Updated: Nov 8, 2022



Hai pelajar-pelajar UMCCed! Pejam celik sudah masuk minggu ke-8. Mesti banyak tugasan yang perlu disiapkan sekarang, kan? Tidak dinafikan memang seronok sebenarnya dapat tugasan berkumpulan, lebih-lebih lagi bila dapat kesempatan untuk bekerjasama dengan rakan baik sendiri. Ada juga yang kurang bernasib baik apabila terpaksa menyiapkan tugas bersama ahli kumpulan yang tidak memberikan kerjasama atau sering digelar 'ghost rider', 'free rider' atau 'parasit'. Jom kami kongsikan beberapa tips untuk mengatasi isu 'ghost rider'.


1. Tetapkan peranan setiap ahli kumpulan


Sebaik sahaja menerima tugasan, lantik ketua kumpulan dan tetapkan peranan untuk setiap ahli kumpulan. Sebagai contoh, menyiapkan bahagian pengenalan, isi penting berserta rujukan, penutup dan menyediakan bahan pembentangan atau temuramah. Untuk memastikan pengagihan tugas dijalankan secara adil, senaraikan jenis-jenis tugas dan buat cabutan nama, dengan cara ini tiada siapa boleh mempertikaikan pemilihan tugas.


2. Sediakan Timeline


Untuk memastikan setiap ahli kumpulan menjalankan tugas pula, sediakan jangka masa atau timeline yang releven. Tetapkan setiap ahli kumpulan perlu menunjukkan kemajuan bahagian tugasan masing-masing setiap dua minggu sekali. Mana-mana bahagian yang sudah siap, bolehlah dikumpulkan dan disatukan dalam satu dokumen. Tidaklah terjadi keciciran bahagian atau elemen kajian.


3. Setkan masa untuk menyiapkan tugasan


Tetapkan hari dan masa sekitar 3 jam dalam satu sesi untuk menyiapkan tugasan. Semakin kerap perjumpaan dijalankan, semakin cepat kerja boleh disiapkan. Dalam masa yang sama juga, ahli kumpulan boleh sama-sama memberikan pendapat untuk menghasilkan kerja yang lebih berkualiti. Melalui perbincangan ini juga ketua kumpulan boleh memantau kemajuan kerja. Penambahbaikan juga boleh dilakukan bersama-sama.


4. Kad Merah


Jika masih ada ahli kumpulan yang gagal untuk menyiapkan tugasan walaupun sudah ada timeline, berikan sedikit dorongan atau teguran secara berperingkat untuk beberapa kali. Sekiranya masih tiada perubahan, berikan kad merah atau amaran kepada individu tersebut. Ketua kumpulan haruslah memainkan peranan penting dalam situasi ini untuk memudahkan ahli kumpulan lain sekaligus mengelakkan ketidakadilan untuk ahli kumpulan lain yang sudah bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan.


5. Tegas


Ini adalah jalan terakhir untuk mendapatkan respon atau kerjasama daripada ahli kumpulan yang agak susah dalam memberikan kerjasama. Anda perlu mengambil tindakan yang agak tegas. Misalnya memberikan peringatan terakhir atau mengambil langkah untuk menyingkirkan individu tersebut daripada kumpulan. Kemudian ambil masa untuk menjelaskan kepada pensyarah anda mengenai tindakan tersebut.


Kami faham tugasan berkumpulan bukanlah mudah. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan. Bagi ahli kumpulan pula, cubalah sebaik mungkin untuk melengkapkan tugasan yang diberikan. Jangan jadi selfish kerana bukan sahaja markah anda yang bakal terjejas bahkan juga markah ahli kumpulan yang lain.

25 views0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


bottom of page