top of page

[Warta Terkini UM] VIDEO TERBAIK DI KNOVASI MILIK PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA

Updated: Nov 20, 2023



CYBERJAYA, 2 November 2023 – Tiga orang pensyarah pengajian Diploma dan Diploma Eksekutif Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya berhasil memperoleh juara Video Terbaik Keseluruhan Kategori sempena majlis Kongres dan Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (kNovasi) anjuran Pusat Pengajaran dan Pembangun Kurikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Kemenangan itu diperoleh menerusi pembentangan video berkenaan 3 projek dan inovasi yang dihasilkan berdasar aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya iaitu Classroom Assessment Techniques: Enhancing Learning Outcomes Through Innovative Classroom Assessment Techniques, I-Succeed - New Paradigm Interactive Learning Innovation System serta Vuca-Based Assessment - Transforming Business Education Evaluation Through Alternative Approach and Real-World Readiness.


Dr. Muhammad Haziq Zaini, peserta kNovasi merangkap pensyarah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya menzahirkan rasa syukur atas kejayaan yang telah diperoleh berkat kerjasama daripada semua pihak.


“Kejayaan ini membuktikan bahawa sistem pendidikan yang kita laksanakan di Pusat Pendidikan Berterusan UM berkesan. Kami menerapkan Experiental Learning dan Interactive Learning seperti yang disarankan dekan, dan seterusnya memberikan impak pemahaman yang lebih efektif kepada pelajar.


“Kaedah Experiental Learning dan Interactive Learning menggalakkan keterlibatan para pelajar secara penuh dalam proses pembelajaran. Ianya bersifat moden, dan mengapplikasikan penggunaan teknologi terkini dan interaktif bagi menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran.” katanya.


Selain Dr. Haziq, dua lagi pensyarah yang terlibat ialah Dr. Amirah Shazana Magli dan Hemavathi Gunasegaran.


Dr. Haziq dalam kenyataannya berharap kejayaan yang diraih ini mampu menjadi pencetus kepada semua pensyarah untuk memberikan yang terbaik sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi memastikan para pelajar lebih memahami dengan mendalam serta berupaya mengaplikasikan dengan berkesan setiap ilmu pengetahuan yang dipelajari apabila menempuh alam pekerjaan masa hadapan.


Mereka turut meraih pingat Perak dan Gangsa bagi pertandingan inovasi tersebut.

163 views0 comments

Comments


bottom of page