top of page

[Warta Terkini UM] JOHNSEN LIM (Dr.) SERIKAN KAMPUS DENGAN TAMAN MINDA UNTUK KESELESAAN PELAJAR

Updated: Dec 19, 2023


CYBERJAYA, 6 Disember 2023 - Kewujudan Taman Minda yang menghiasai Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya menjadi ruang riadah pelajar dan kakitangan untuk beristirehat bagi melepaskan lelah, dicetuskan hasil sumbangan Dr Johnsen Lim yang juga Pengasas Sistem NP642.


Taman yang menampilkan kehijauan dan santai dengan susun atur yang memberikan keselesaan kepada pelajar itu, akan memanfaatkan pelajar untuk merehatkan diri dan minda, disamping dapat menelaah pelajaran dengan adanya kemudahan tempat duduk yang selesa.


Sumbangan RM100,000 bagi membangunkan Taman Minda itu, dianggap sebagai tanggungjawab sosial korporat Dr Johnsen bagi bersama-sama membantu meningkatkan pembelajaran dan pembangunan minda pelajar dengan adanya ruang istirehat yang selesa untuk kemudahan mahasiswa.


Berpengalaman luas dalam pemasaran rangkaian serta 15 tahun terbabit perniagaan pembinaan pasukan Naturally Plus, Dr Johnsen turut memupuk 26 orang pemimpin Full House serta 70 pemimpin Summit, bahkan turut memimpin lebih 16,000 kelayakan kempen pelancongan percuma ke luar negara.


Dr Johnsen yang juga rakan strategik kepada Datuk Dr. Francis Chong, Pengasas iTrademark Sdn Bhd, turut menyumbang RM2,500 kepada pelajar yang berminat menyertai Program Masterclass Revolution Expert anjuran Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, namun tiada kemampuan kewangan.


Program julung kali diadakan itu, membariskan pakar yang terkenal di Malaysia dalam bidang masing-masing seperti Amin Idris menerusi bidang pengacaraan, Elly Van Dalen (media) serta penampilan khas penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Hajjah Siti Nurhaliza Tarudin.



493 views0 comments

Comments


bottom of page